Umrah Ramadan oleh: Umrah Ramadan
promo: Umrah Ramadan

Meluruskan Sejarah Wahabi: Kesalahan Fakta Yang Fatal (Koreksi Buku Karya Dr. Mat Rofa)

Meluruskan Sejarah Wahabi: Kesalahan Fakta Yang Fatal (Koreksi Buku Karya Dr. Mat Rofa)

Muhammad bin Abd Wahab at-Tamimi (daripada Bani Tamim) yang dianggap sebagai pengasas Wahabi lahir pada tahun 1703 dan meninggal dunia pada tahun 1792 Masihi. Selepas 34 tahun kemudian barulah kamera pertama diciptakan.

Macam mana dia boleh bergambar kalau pada zaman dia belum wujud lagi yang namanya kamera? Mustahil dia guna mesin masa untuk pi ke masa depan. Mari baca sejarah ringkas tentang kamera.

Tahun 1826, Joseph Niepce, seorang berbangsa Perancis telah mencipta kamera pertama. Kamera tersebut merupakan sebuah kotak kayu dengan terdapat kanta di depannya. Kemudian datang setelahnya pencipta dari Perancis seperti Daguerre dan pencipa dari British seperti Fox Talbot mempertingkatkan lagi mutu fotografi.

Umrah Mandiri
Promo

Pada tahun 1888, datang pula George Eastman dari Amerika menghasilkan kamera dengan menggunakan segulung filem yang boleh mengambil 100 keping gambar.

Pada tahun 1947, seorang yang juga dari Amerika telah mencipta kamera pertama yang mampu menghasilkan gambar segera. [Lihat Ensiklopedia Pelajar Oxford-Fajar Bakti, jld. 3, hlm. 102]

Adapun orang dalam gambar ini adalah Muhammad bin Abd Wahab al-Fayhani al-Subay’i (bukan at-Tamimi), seorang saudagar mutiara dari Bahrain yang meninggal dunia sekitar tahun 1906 Masihi. Maka logiklah kalau ini gambar dia, sebab ketika dia meninggal dunia, kamera sudah lama wujud.

Dari segi logik pun, bila kita tengok kualiti gambar yang dikatakan gambar Muhammad bin Abd Wahab at-Tamimi, kita dah boleh sangsi tentang kesahihannya. Takkanlah pada zaman Muhammad bin Abd Wahab iaitu pada tahun 1702, kualiti gambar sudah jelas, elok dan masih kekal utuh macam tu?

Sedangkan gambar yang diambil 34 tahun selepas kematian Muhammad bin Abd Wahab iaitu pada tahun 1826, yang mana diambil menggunakan kamera pertama ciptaan Joseph Niepce pun kualiti gambarnya sudah kabur dan terjejas teruk. Mustahil gambar Muhammad bin Abd Wahab yang diambil jauh sebelum zaman Joseph Niepce masih boleh kekal jelas dan elok?

Di bawah ini saya sertakan gambar pertama yang diambil menggunakan kamera pertama ciptaan Joseph Niepce pada tahun 1826. Lihatlah bagaimana kualiti gambarnya.

Justeru, kesilapan yang dilakukan oleh penulis buku ini bagi saya sukar diterima. Apatah lagi dilakukan oleh orang yang bergelar pengkaji, memiliki title Dr atau Prof. Sebab semua maklumat-maklumat berkenaan ini boleh didapati di internet, tak perlu masuk library. Harap-harap dalam buku akan datang, penulis boleh tarik balik kenyataan-kenyataan seperti ini. Semak sebelum sebar.

-Muhammad Mikail-

(मुहम्मद मिकाइल)

Umrah Anti Mainstream
Promo